Jumaat, Oktober 30, 2009

JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.


Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


ingat mati
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”.

nama ku..huhu

NUR SHAHERA
N Naif
U Untung
R Ramah
S Suci
H Harum
A Amanah
H Harum
E Emosional
R Realistik
A Alim

sahabat cerminan diri

"Kalau kita memperhatikan cermin yang
baik dan jernih, ianya akan
memeberikan bayangan yang sesuai apa
adanya yang dicerminkan. Begitu
pula sahabat yang kita ibaratkan seperti
cermin yang baik, maka ia
akan mncerminkan bagaimana pribadi kita
yang sesungguhnya.

Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat
kita ibaratkan seumpama
sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar
dan mencela,
tapi ia akan katakan kotoran yang
melekat pada tubuh kitadengan
lembut, sehingga denganspontan kita akan
mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah
memperlihatkan wajah orang yang
bercermin di hari kelmarin kepada
sesiapa pun yang tengah berdiri
dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya
tidak pernah ditolaknya baik itu orang
yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila
masa. Selalu setia menanti siapa yang
akan bercermin dihadapannya dan
dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang
yang berdiri dihadapannya, hal itu
takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus
terang dengan memunculkan bentuk orang
yang bercermin,tidak pernah mengubah
bentuk wajah orang yang bercermin, jelek
menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu
cermin-cermin tersebut. Rasulullah
S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu
Hurairah ra : "Sesungguhnya di
sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar
dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu
kaum yang menggunakan pakaian yang
bercahaya. Wajah mereka
bercahaya, dan mereka itu bukan nabi
atau para syuhada. Akan tetapi
para nabi dan syuhada merasa tertegun
dan iri kepada mereka sehingga
mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong
beritahu siapakah gerangan
mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka
adalah yang saling menjalin
cinta kasih kerana Allah, dan saling
bermajlis kerana Allah, dan
saling mengunjungi semata karena Allah."

pengampunan

tuhanku,

atas nama aku bersujud

ku turuti suruhan-Mu

dan ku jauhi laranga-Mu

kedua tapak tangan ku ini

ku rapatkan dan menadah kepada-Mu

memohon seribu keampunan

dari segala macam dosa yang

telah ku lakukan

dari yang kecil,hinggalah kepada yang besar

ku sedar kebesaran rahmat-Mu

ya Tuhan

pencipta agung sekalian alam

keinsafan ku, bak langit putih yang

mengharap doa ku

disambut baik olehmu

sesungguhnya

dari-Mu aku pergi

dan kepada0Mu aku kembali

amin

sahabat

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

bahaya memberi alasan dalam semua perkara

selalunya apabila kita gagal, kita akan memberikan pelbagai alasan. gagal dlm peperiksaan, kita mungkin menyalahkan guru tdk pandai mengajar, cikgu tidak mahir dlm sesuatu subjek, sekolah teruk, ibu bapa tidak mengambil kisah dan berbagai2 jenis alasan yg di beri

jarang sekali kita mengatakan, "ya, mmg aku yg mengabaikan pelajaran sejak dari awal". memang inilah sifat semula jadi manusia, lebih gemar mencari dan memberi alasan, kita berusaha kuat untuk melindungi sbb atau punca sebenar sesuatu permasalahan tersebut. kita akn berasa selesa dan selamat apabila kita dapat mengemukakan alasan dgn menyalahkan pihak lain, padahal kita langsung tidak membantu diri kita sendiri utk memperbaiki keadaan diri yg sudah nyata memerlukan bantuan.

seseorang apabila sedar dirinya bermasalah itu berpunca daripada kelemahan peribadi(internal weakness), dia akn berusaha keras utk mengatasi kelemahan tersebut. akn tetapi jika dia berbangga dgn keupayaannya mengemukakan alasan terhadap kelemahannya itu, tidak akn timbul kesedaran dlm dirinya dan kesungguhan utk mengatasinya

kita sering bertemu sikap begini dlm masyarakat. berpendirian begini samalah seperti ia menyalahkan tembok apabila kita melanggarnya ataupun menyalahkan lubang apabila kita terjerumus ke dalamnya. kita seharusnya berfikir mengapa perkara malang tersebut hanya berlaku kepada kita dan tidak pada org lain??tidakkah itu menunjukkan betapa cuai dan lalainya kita??

dalam dunia yg mencabar ini, kita tidak boleh berjaya jika hanya bergantung kepada sentimen alasan sahaja. kita perlu berusaha mengatasi kelemahan diri dgn cara positif. janganlah kita terburu2 menyalahkan org lain tanpa menyelidik kelemahan diri kita sendiri. pada umumnya, mungkin org lain bersalah, namun itu bukan tiket utk kita memberi alasan. sebenarnya, ketidakcemerlangan org lain ialah tiket utama utk kita lebih menonjol dripada org lain

sejarah kegemilangan Muhammad Ali bermula daripada gangguan budak2 nakal. dia tidak menyalahkan budak2 tersebut sebaliknya menyalahkan diri sendirinya yg lemah sehinggakan dia menjadi mangsa buli. selepas itu, dia bertindak bijak mengatasi kelemahannya dgn mempelajari seni mempertahankan diri iaitu bertinju. akhirnya, dia menjadi juara tinju dunia yg teragung dan disegani oleh org ramai.

apakah alasan anda utk tidak berjaya?ataupun anda akn berusaha dgn lebih keras utk menimang kejayaan? jikalau kejayaan yg anda danbakan, lemparkan jauh2 segala jenis alasan yg menggugat diri anda drpd menggapai kejayaan tersebut. praktiskan diri anda utk membina motivasi dalaman krn psikologinya, manusia inginkan kejayaan dan kecemerlangan dan kejayaan melainkan yg kuat beralasan.

sekian!!!

wanita ibarat epal

epal yg tidak berkualiti amat mudah diperolehi krn epal ini berguguran di tanah. tetap, epal yg tidak mampu dibeli berada di puncak, ssh dipetik, ssh digapai. kadang-kala epal itu risau, "kenapa aku belum dipetik??" lantas epal itu merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. sedangkan Allah s.w.t telah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yg berani memetiknya. hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja yg mampu. mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat? biarlah jodoh bkn di dunia...asalkan cinta Ilahi mengiringi...

kejayaan

kejayaan...... kecemerlangan adalah hasil daripada perancangan dan pengorbanan.

kejayaan bukanlah sesuatu yg datang bergolek ataupun terjadi secara kebetulan."kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

kejayaan akn menjadi milik kita jika kita sanggup berusaha dan menghadapi segala cabaran dan rintangan. sanggup mengubah keadaan dam membaiki kelemahan diri. iringi kesusahan dgn anggapan bahawa

"tuhan sengaja menguji kita,

di mana kesabaran manusia,

bkn sekali jln berduri,

hanya tuhan yg pasti mengerti"

setelah bermotivasi, berusaha, berdoa serta bertawakal, maka pasti kini; apa sebenarnya kita hajat;takdir dan waktu menentukannya.

tetapi... jika kita berusaha sekadar di pinggiran, maka usahlah menaruh harapan krn seribu impian serta janji manismu utk mencapai mahligai syahdu hanyalah tinggal mimpi di dalam mimpi semat-mata. kecemerlangan y kita teringin tidak akn tercapai. lantaran itu, kita akn berada di persimpangan dilema, dlm gerimis, sesal, seksa, dan sebak. lalu, lamunan terhenti bagai teratai layu di tasik madu, moga-moga tragedi oktober tidak akn berlaku dan berlalu miniti hati, yg pasti;- teratai tidak akn layu lagi di tasik madu.. Cool

pohon semalu

Ambillah contoh pohon semalu seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah AZ Zahra r.a. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja

5 jari

Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..


Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:


1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah
daripada rebungnya’

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Bersediakah anda??


3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak ‘hantu-hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.


4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.


5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, ‘cap jempol’ atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah…..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam………

cintaku milikNya

Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

dalam pencarian

telah bertahun lamanya

mencari erti ketenangan

aku teraba dalam kealphaan

dan akhirnya aku tiba ke suatu destinasi

yg mana tidak pernah

sekali-kali

aku jejaki..

aku lalui hingga ke penghujung

terlalu banyak lorong dan terowong

namun aku tidak betemu dengan apa yg aku cari

dalam pencarian

telah sekian lamanya

mencari makna kedamaian

aku tersungkur dalam kegelapan

dan akhirnya aku tiba ke suatu daerah

yang mana tidak pernah kaki diarah..

aku laluinya hingga kepenamat

terlalu letih dan lelah

namun aku tidak bertemu dengan apa yang aku cari!

dalam pencarian

mencari aku dalam pencarian

dimana aku tidak perlu kemana

yang perlunya aku yakinkan diri

bahawa ia sebenarnya ada disini,di sisi

sujud pd Yang Esa

itulah sebenarnya ketenangan

dan kedamaian

yang aku cari-cari dalam pencarian selama ini..

segenggam tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Rabu, Oktober 28, 2009

amal ikhlaz!

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

td g lbry pj...

bismilahirahmanirahim

assalamualaikum....

ak bersyukur kpd Allah s.w.t krn mberi kesempatan untuk pergi perpustakaan pj...
walaupun hujan tapi best sgt...
ak g gan akk sedara ak..n ade la kwn2 ak...
sejuk sgt sbb ujan lorh...
ak mmg ske g lbry tp ske g tgk buku jee...bkn g bce bku..huhuhu
tapi kat sana ramai sgt la bdak2 yg..ermmm...ape2 jee laa..
oklaa..
pnt nk bebel agy..

Selasa, Oktober 27, 2009

nk tulis ape ek??

bismilahirahmanirahim

assalamualaikum...


ermm..sebenarnye xtau nk cakap ape..
tapi tangan nieyh gatai nak menaip..ngee...
ermmm...
aku akan mula exam akhir tahun 30 oktober nieyh...
tapi masih blm buat persediaan yg meyakinkan aku untuk jawap nnty..
ak akn berusaha untuk capai target aku...
kalau blh ak nk kalahkan mereka yg kalahkan aku...
ak bkn berniat jahat..
tp setiap org mesti ade keinginan untuk berjaya...
aku pernah rasai kejayaan itu..
tp kejayaan bkn selalu milik kita..
aku juga pernah rasai kegagalan...
tap kegagalan pun bkn selalu milik kita...
aku harus percaya pada diri ak..
n ak kne kuat hadapi kemenangan n kegagalan...
ermm.oh,ak lupe nk crita...
guru yang ak syg cikgu nurul huda...
syg sbb die sggup ajar math smpi kami pham walaupun 1000 kali kne explain..
tp masa bulan puase arie 2 die ade kursus smpi laa semalam die last...
maknanya nk dkt 3bulan kami x blaja math..ckgu ganti pn xde..
2 yg ak agak kecewa..tp ak tau skola kekurangan guru...
pagi tadi die masuk klaz, sbb ape?sbb nk ajar math laa..huhuhu
kan die da abez kursus,so kne arh jalankan tanggungjawab die sbgai guru...
ak bersyukur sgt kepada Allah s.w.t
daa laa 30 nieyh exam...
tadi ckgu 2 terpakse ulang chapter yg lepas..
tp ak syg gile kat ckgu 2..
jasa die mmg ak xley balaz..
tp die ckp balaz laa dgn kejayaan...
ak akn berusah buat die epy..
yelaa, da ajar byk2 tp kalau gagal?xke die kecewe?msti die kecewe pnye..x smpi aty tgk ckgu kecewa...
ak kn berusaha selebihmya ak tawakal kpd Allah....
smga final exam nieyh dapat beri kemanisan kat aku...

Ahad, Oktober 25, 2009

berjuang untuk final exam

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum...

semua orang ingin kejayaan...
tapi bkn hanya dengan duduk goyang kaki..
aku pun ingin kejayaan,sbb itu aku harus berjuang untuk dapat kejayaan 2...
selepas aku berusaha untuk berjaya aku akn tawakal kpd Allah s.w.t
final exam akn bermula x lama lagi...
aku nk berjuang setakat yg aku mampu..
aku percaya aku mampu buat...
aku akn pastikan aku x gagal dalam mana2 subjek...
walaupun aku baru form4 tapi result akhir tahun nieyh akn jd harapan untuk spm nnty..
erm xtau larh.,..
InsyaAllah aku boleh buat,,,
Ya Allah, aku hambamu yang lemah,
aku memohon padamu supaya diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang kau berikan..
Ya Allah,
sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu...

Ahad, Oktober 11, 2009

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..
jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

lelaki dahulu

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.
YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…



NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Malakukan kebaikan supaya
Orang lain dapat manfaat..
Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..
Kini ku lemah
Namun tak pula aku ingin lemah untuk selama-lamanya..
Aku harap aku kan kuat..
Dan aku mohon sangat-sangat..
Biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..
Dengan itu aku berusaha..
Dan Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..
Redhailah aku..
Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?




































Dia-lah yang bernama senyuman!


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan



Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan



Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..


Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....


Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..


Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
adam..mengertilah
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah


Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

wasiat imam syafi'e

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak dapat meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketentuan Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada perintah-Nya. “Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu hendaklah engkau melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian”. (Wasiat Imam Syafi’e)

puteri unggul

PUTERI UNGGUL

semoga berjaya

menjadi gadis mulia

semulia diri Maryam

semoga berjaya

menjadi wanita faqihah

sebijak minda Aisyah

semoga berjaya

menjadi perempuan tabah

sekukuh hati Asiah

semaga berjaya

menjadi srikandi kebanggaan

shebat jiwa Sumayyah

semoga berjaya

menjadi hiasan indah

seanggun akhlak Rabiyatul Adawiyyah

semoga berjaya

menjadi isteri solehah

setulus kasih Khadijah

semoga berjaya

menjadi perempuan dan kekasih

idaman setiap kalbu

kecintaan Tuhamu

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Akan datang hari mulut dikunci
Kata tak ada lagi
Akan tiba masa tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita bila harinya
Tanggung jawab tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami

Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya.... sempurna

Mohon kurnia
Kepada kami
HambaMu yang hina

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:

membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:

jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:

jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:

amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Ku Terjaga Dari Lenaku
Ku Sedar Kelalaian Diriku
Harap Tak Berulang Kesilapan Lalu

Awan Hitam Menyelubungi
Oh Jiwaku Selama Ini
Ku Pohon KeampunanMu
Oh...Allah...Ooo

Ku Ingin Bina Hidup Baru
Bersama Iman Ku Sertakan
Semoga Tidak Lari Jauh
Dari Landasan Agama Mu...Oo

Mari Kita Sedari
Akan Kesilapan Selama Ini
Moga Diampunkan Dosa Dosa Silam

Kita Bina Hidup Baru
Tabahkanlah Hatimu Oo...
Bersama Azam Baru
Moga Akan Di RedhaiNya

Marilah Bina Hidup Baru
Bersama Iman Kita Sertakan
Semoga Tidak Lari Jauh
Dari Landasan Agama Mu...Oo

Mari Kita Sedari
Akan Kesilapan Selama Ini
Moga Diampunkan Dosa Dosa Silam...

Ingatilah Yang Esa
Walau Di Mana Jua Kita Berada
Untuk Ketenangan Jiwa Kita
Dan Semoga Bahagia

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Sabtu, Oktober 10, 2009

kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

cinta mereka

CiNta luar biasa........

Cinta luar biasa..

Cinta seorang Kekasih kpd umatnya..

Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir..

Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..

Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..

Kisah cinta Handzalah..

Meninggalkan isteri di malam pernikahan..

Lantaran menyahut seruan jihad..

Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah..

Tak pernah jemu memberikan sokongan..

Rela mengorbankan segala kemewahan..

Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta luar biasa..

Kisah kesetiaan Abu Bakar..

Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..

Insan yg sentiasa membenarkan..

Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..

Kisah ketabahan Hajar..

Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail..

Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..

Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..

Umpama keberanian Ali..

Di malam penghijrahan Nabi..

Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..

Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..

Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..

Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..

Iman di dada tak sedikit pun goyah..

Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..

Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..

Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..

Redha dan sabar menempuh segala ujian..

Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

virus

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

hanzallah

Hanzalah: Yang Dimandikan Malaikat


Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali.
Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat
dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan
tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah
menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam
sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan
di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat
mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.
Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi
dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada
menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…









Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Namun, betapaKitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

1.NIAT YANG ROSAK.

ImAm Malik bin Dinar rahimahullah mengatakan,'Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana Allah Ta'ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia d cari hanya kerana Allah'



2.Ingin terkenal
.

'Barangsiapa yang menyiarkan amalnya,maka Allah akan menyiarkan aibnya.Dan baransiapa yang beramal kerana riya' maka Allah (s.w.t)akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.'

HR.Bukhari-shahih.



3.Beralasan dengan kesibukan
.

Alasan ini seringakali d jadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu.Cuba d hitungkan Allah memberikan kite 24 jam,8 jam untuk bekerja,8 jam untuk beristirihat,masih ada 8 jam lagi..........apa yang selama ini kita lakukan untuk manfaatkan sisa waktu itu??mm.........



4.Bosan dalam menuntut ilmu
.

Di antara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dgn berkonsentrasi mengikut peristiwa yang sedang terjadi.Bosan itu adalah penyakit. Oleh kerana itu ya sadiq yana sekalian,kite harus melawan rasa bosan yng terkadang timbul saat kite belajar.Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatya ILMU,,inshaALLAH=)



5.Merasakan diri hebat
.

Merasa bangga apabila d puji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.
Allah Ta'ala berfirman:'Maka janganlah kamu merasa dirimu suci.Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertqawa.'(QS.An-Najm:32)




6.Tidak mengamalkan ILMU.


Hal ini adalah salah satu sbb hilangnya keberkatan ilmu.Firman Allah:'Hai orang-orang yang berfirman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa sahaja yang tidak kamu kerjakan.
(QS.Ash-Shaff:3)



7.Putus Asa dan Rendah diri.

Ia adalah salah satu penghalang ilmu.Semua manusia d ciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pon.Jangan merasa rendah diri dgn lemahnya kemampuan mengahafal,lambat membaca atau cepat lupa.



8.Bertangguh
.

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan:' Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut: 'Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam d hatimu kerana ia membuat lesu dan merosak hati.Ia memendekkan umur kita,sedang ajal segera tiba...Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu!........................


InshaALLAH kite bersama mengambil ikhtibar dan cuba memperbaiki kelemahan kite,,
wallahualam.

hebatnya

“Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
..Susah.. dan senang rela bersama…



Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…




Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga


Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….




Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik ....padang.... pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….




Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah…...

mutira kata

7 MUTIARA KATA..renungkanlah bersama

Di dlm hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok kepada Allah
Di dlm hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah
Di dlm hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali reda dgn suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sbr sehingga menemuinya.
Di dlm hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlidung,bertemu dan berjumpa dengan-Nya.
Di dlm hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Di dlm hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kpd-Nya dan bermohon kpd-Nya.
Sentiasa berzikir kepada-nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya.....Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu.