Jumaat, Oktober 30, 2009

dalam pencarian

telah bertahun lamanya

mencari erti ketenangan

aku teraba dalam kealphaan

dan akhirnya aku tiba ke suatu destinasi

yg mana tidak pernah

sekali-kali

aku jejaki..

aku lalui hingga ke penghujung

terlalu banyak lorong dan terowong

namun aku tidak betemu dengan apa yg aku cari

dalam pencarian

telah sekian lamanya

mencari makna kedamaian

aku tersungkur dalam kegelapan

dan akhirnya aku tiba ke suatu daerah

yang mana tidak pernah kaki diarah..

aku laluinya hingga kepenamat

terlalu letih dan lelah

namun aku tidak bertemu dengan apa yang aku cari!

dalam pencarian

mencari aku dalam pencarian

dimana aku tidak perlu kemana

yang perlunya aku yakinkan diri

bahawa ia sebenarnya ada disini,di sisi

sujud pd Yang Esa

itulah sebenarnya ketenangan

dan kedamaian

yang aku cari-cari dalam pencarian selama ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan